Thursday, 20 June 2013

Ibu, Abah N Baby

Salam and Happy Thursday, saya type next entry harini entry nak cepat siap. Sebab lepas ni saya nak rest. Baru balikk dari weekly checkup kat klinik tadi. Stay kat rumah je pun kena rest banyak-banyak sebab tu arahan my hubby. Dia risau kan saya sebab saya ni dah sarat.

Nak cerita ni, aritu ada planing nak hire photographer yang sama time saya and hubby kawen, nak shoot maternity la konon. Maternity shoot orang perut buncit. Haha, mestila excited sebab for the first time in my life! nanti baby dah lahir boleh tunjuk kat dia, dalam perut ni la dulu baby check in. Tapi takde kesempatan sebab ada macam-macam probs. Dengan hubby jarang balik, tarikh yang nak di book photog tu ade job la, saya pulak sekarang dah sarat. Da tak larat nak berjalan jauh-jauh.. Kalau nak shoot mesti kena pegi tempat yang best-best yang ade view yang cecantik kan?

Ada sekali adik bongsu saya ajak pegi beli barang sebab dia nak balik hostel. Jadi hubby kata, jom! kita jalan-jalan kejap sebab saya ni kena berjalan jugak. Tak boleh terperap je kat umah, nak mudah bersalin kena banyak berjalan jugak. Okey saya pun akur. Petang tu, adik saya je la yang tukang shoot pics kami berdua..err, bertiga. Ibu, Abah and baby. 

Sekarang dah malas nak upload pics kat fb, malas nak edit semua malas! rajin pun update and upload pics kat instagram aje~ nak bawak kamera giant besar gedabak tu pun da tamo heee

Pegang perut sikit :)

Time perut buncit ni tak taw nak pose camne sebab tangan tu mesti rase nak pegang perut je haha.
Hye cinta hati nyawa saya :) 

OHO, Teringat zaman kami tadika and sekolah rendah dulu-dulu. Main boyan sama-sama konon.
Gemuks! janji baby sihat kan sayang, ibu gemuks takpe :)

Jongkang jongket pun dah bengkok sebelah hehe berat perut!
Sempat lagi sebelum pegi bandar sambar stokin kaki baby simpan dalam handbag, sebelum baby pakai ibu and abah shoot dulu stokin baby ye. Kasut ibu tu dah tak boleh pakai taw sebab kaki bengkak. Sekarang tak boleh lagi shopping kasut sebab saiz kaki yang betul tak betul ;P Macam giant dah huhu
EEEEEEEE tak sabar nak cium kaki comel kamu :)
Malu, sebab sekarang ni suami saya lagi slim dari saya hehe..



Okey tengs sebab adik tolong shoot pics perut besar along and baby!
Arghh! i have another 26 more days sebelum my due date. Be strong! Doakan saya~


Photobucket

1 comment:

Azlin Rohim said...

wahhhh..sonoknya!haritu risau pewot kecik, haa kan skrg nmpak besar dah..hehehe..tkcre dear, may u have safe delivery :) mmuah

Stories