Tuesday 14 October 2014

Update Post Setelah Sekian Lama

Alhamdulilah syukur, setelah sekian lama mengabaikan blog kesayangan ni akhirnya tergerak hati nak update post baru. Rasanya saya dah lama tak post entry baru sejak anak saya dalam perut lagi. Sekarang anak saya dah 1 tahun 3 bulan. Maksudnya memang lama sangat-sangat dah blog ni terabai. Bak kata orang, bersawang. Tapi blog saya ni bukan lagi bersawang, tapi siap da ada penghuni sawang agaknya. Heee. Ikhlas kan hati wahai diri,..

Saya dah berubah sekarang. Bukan lagi seperti dulu, suka gembira sini sana. Sekarang saya dah ada anak dah jadi ibu, jadi terasa diri ni dah berubah. Keibuan, motherhood. Jadi cara penulisan pun perlu lah matang dan berilmu. Ye, saya tahu saya perlu berilmu dan ada ilmu untuk menulis sesuatu. InsyaALLAH.

ALLAH anugerahkan saya dan suami seorang anak yang terlalu comel bagi saya, terlalu cerdik bagi saya, terlalu kecil bagi saya yang membuatkan saya rasa diri saya dan suami belajar erti sesuatu, amanah. Amanah yang ALLAH Taala beri. Walaupun sepanjang 1 tahun 3 bulan berbagai-bagai halangan dan dugaan kami lalui untuk membesarkan anak kami, baru kami sedar bagaimana rasa peritnya dugaan itu.

Jauh dengan suami,
Anak disahkan anemia,
Anak selalu tak sihat,
Jauh dengan family,
Berdikari sendiri,
Dugaan sekeliling,
Berperang dengan perasaan,
Berperang dengan melawan rasa sedih,
Dan lagi sampai tak tertuliss..

Tapi sekarang, alhamdulilah semua yang pahit perlahan-lahan bertukar manis. Terima kasih ALLAH.
Benarlah kata ALLAH, sekiranya kita berusaha berdoa DIA akan kabulkan semuanya. Samada cepat atau lambat je.

Alhamdulilah, sekarang anak saya sihat bahagia cerdik pandai bahagia disamping saya dan suami. 1 tahun 3 bulan, sudah pandai berlari, sudah pandai bercakap, sudah pandai menyebut perkataan mudah, sudah pandai main aummm cakk! sudah pandai panjat tangga, sudah pandai sepahkan baju dalam almari, sudah pandai pakai kasut, sudah pandai berlari ke pintu bila nampak saya dan suami bersiap, sudah pandai tegur2 orang, sudah pandai makan nak suap sendiri, sudah pandai meminta itu ini, sudah pandai berjoget, sudah pandai cabut spec mata saya, sudah pandai menconteng, sudah pandai tepuk tangan, sudah pandai ikut gaya dalam video, sudah pandai sebut 'dog', sudah pandai sebut 'adah' tapi mahu sebut abah, sudah pandai hulur tangan mahu salam, sudah pandai bermain bola dan sebut 'ball, goal!' sudah pandai macam-macam lagi, sehinggakan setiap detik dalam hidup saya asyik teringatkan dia. Oh anak! kamu segala-galanya bagi ibu dan abah. We love you till the end and insyaALLAH kamu anak soleh yang akan membawa ibu dan abah ke syurga bersama. Amin.









 
Amin, sekian untuk hari ni. Nanti panjang umur sambung taip lagi. Sekali lagi minta maaf Blog, sebab abaikan kamu kerana saya mempunyai kepentingan yang lebih penting dari kamu. 
Photobucket

2 comments:

halmiputra said...

👍👍👍

Unknown said...

wina,masukkn entry byk lg~~ hehe

Stories