Tuesday 23 April 2013

Oh Quinny! My Dream Stroller

Salam and Hi! :)
setiap bakal ibu mesti ada angan angan kan untuk baby? tambah tambah bakal dapat first baby macam saya. hik3 

Now, saya punya baby dah 6 bulan alhamdulilah. So, saya dah start membeli barang baby. Tak kisah laa, baju baby ke, baby diapering, baby grooming, tapi masih belum semua lengkap. Sebabnya, sebab husband saya jauh and kami berdua jarang berjumpa. Saya ni kalau nak beli barang baby nak husband saya ada sekali jadi boleh pilih sama-sama barang keperluan baby yang kami berkenan di hati :)

Ehem, next saya dah mula tergoda ngan satu jenis stroller ni. Buat kali ni, just stroller ni je yang saya suka. Yang lain belum lagi jatuh hati :) Oh Quinny

Tak kisahlaa Quinny Moodd, Quinny Buzz, Quinny Zapp Extra ke yang penting quinny. Betul-betul fall in love. Macam mana ni? abeslaaa..


Ciri-ciri stroller yang saya idamkan :

  • Bagi memudahkan saya bakal ibu yang akan menjaga anak saya sendiri sorang-sorang means jauh dari family and husband. Huk3, kesian kan? :( yelah, nanti kalau nak bawak baby pegi hantar pada baby sitter dia ke, tiba-tiba saya kena pegi mana-mana ke automatik stroller yang saya guna nak tolak baby saya.
  • Design haruslah menepati citarasa saya, saya nak yang tahan lama, kukuh! ringan senang dilipat, dan diangkat. Saya nak guna stroller ni dalam jangka masa yang lama, sebab saya nak lahirkan baby yang ramai untuk suami saya. Hehe 7 8 keturunan boleh guna kot :) biarlaah sekali beli tu puas hati, ye dak?
  • Senang dibawa time nak naikk flight! itu yang penting, sebab saya ni selalu naik flight :)

Saya fall in love ngan quinny sebab :


- Boleh guna dari newborn sampai 15kg
- Automatic unfolding
- Seat boleh menghadap kedepan dan belakang
- Seat boleh recline ke 3 position
- Handle boleh adjust mengikut ketinggian parents

Next mission ialah, nak pujuk husband hehe. Aritu time bergayut ngan husband,  kebetulan kami sama-sama online. Saya suruh husband saya search 'quinny' kat google.

Saya : ' Abang, abang try search quinny kejap kat google '
Abang : ' Ape tu? ' hehe husband saya tanya sebab bagi kami ni first time servey barang baby jadi jarang dengar brand tu 
Saya : ' My dream stroller untuk baby kita '
Abang :' Mak ai, harga nya. Beribu-ribannnn ' :)
Saya : ' Tula, tu masalahnya. Harga dia cantikkkkkk sangat-sangat. Tapi yang ni je yang syg berkenan setakat ni. Macam mana ni abg? ' huhu
Abang : ' Nanti abang kasi buah kuini jelah ye belakang umah tokkk' :) 
Saya : Gelak kuat giler, sempat lagi suami saya ni buat lawak.
Abang : ' Nak jugakk ke? Abang rasa macam mahal sangat '
Saya : ' Takdelah nak sangat, tapi berhajat. Abg boleh kasi hadiah kat syg sempena melahirkan anak sulung kita kan? kan? hehe nanti syg lahirkan anak abg ramai-ramai biar semua anak abg boleh naikk quinny hehe
Abang : ' Hye laa isteri abg ni, macam-macam :) ' InsyaALLAH tapi abang tak janji.
Saya : syg tak kisah bang, ikut kemampuan kita. Lagipun banyak lagi barang anak kita yang kita belum beli. Tapi kalau malam ni syg tido masukk dalam mimpi syg abg jangan pelikk ye! :) 


Hye la bakal ibu ni, macam macam kan? :) nak beli stroller quinny ni kena sediakan badget beribu-ribu. Tapi pas fikir balik macam membazir :)



Photobucket

2 comments:

Azlin said...

syoknya jadik baby!heee.semua comel2 blake.wish u doing well for the baby's preparation cyg :) see yaaa baby!

Naz Al Yahya said...

alahai, comelnya dialog. Semoga semuany dipermudahkan. Suka tgk gmbr putri... comey jer time pregnant :)

Stories