Saturday 22 September 2012

Behind The Scene Of My Wedding

Salam once again, diz entry paling last malam ni kot. Dah jem dah tangan ni menaip and memikir idea ape yang nak di type heee. Pakai hentam je saya ni menaip. Ape yang terlintas di kepala saya type ajela. Fuhh! jap lagi nak outing with my aunty and cousin, take tyme jap sebelum log out.

Okey sebut pasal log out ni, sebelum baca entry saya yang last ni better bersedia ye. Mane la tahu nak log out ke dari page blogspot terutama bila baca post ni. Haha, sebab banyak sangat pics. Saya rasa dalam banyak banyak post saya, yang ni laa kot paling banyak sekali pics. Hehe nak wat macam mane sebab melalui gambar menceritakan segalanya. Telling moments thru photography rite babe? hiiii

Dengan sabarnye, sila scroll down lagi ke bawah.
Entry version comot lagi sebab pics langsung tak edit. Random pics je saya upload ni. 


Senang hati nampakkk?? =.=' itulah saya 

Kawan kawan, ni laa button badges kami. Hehe comel kan? Konon konon nak wat lable orang penting majlis kami laa. Kebanyakan trend kenduri wedding sekarang semua guna button badges. Macam macam design yang kita boleh buat, ni one of my friend's design. Saya request kat dia doodle cute kami :) and ada tertulis lable masing masing macam dalam pic kat atas. Semua orang paling saya sayang tu. Kalau nak tahu saya cetak kat mane button bagdes ni, sila pm saya ye! saya sangat berpuas hati dengan servis mereka. Sebab ada satu button badges ni tercicir, nama 'TOK' saya takde. Padahal saya memang order, then tak lama sebelum majlis team yang cetak button badges ni post button baru untuk saya. Heh tak sangka!

Kucing kesayangan family kami pun ada button ni heheh comel kan dia pakai! :)




Next, photobooth in the making. Saya jelajah semu folder pics saya dalam laptop, dalam external hardisk, scan pics dalam album masa kami kecik semata mata nak pics yang paling terbaikk bagi kami untuk dicuci. Nak dapatkan gambar untuk menggambarkan yang kami ni kenal dari kecik. Okey, saya pun pegi kedai gambar untuk dicuci. Macam macam saiz saya cuci. Suka and bahagia rase sebab tengok pics kami besar macam tu hehe.

Then, yang frame kaler itam tu buat dengan mountain board aje. Simple rite? try laaa! tapi proses nak mengukur dan memotong mountain board tu memang ambil masa lama sangat. Sebab mountain board adalah sejenis kertas keras dan gelap hehe. Amat memerlukan kepakaran dan kesabaran bila memotong mountain board. Pisau mestila tajam okeh! And bewareeee takut kena tangan hehe


Diz is what? our guestbook punya magical pen. Hehe ni pen azimat taw! yang mana limited edition sebab pen ni ada masa wedding saya aje. Hhe mane tak limited nye, sebab deco deco sendiri aje. Beli pen faber castle, then lilit dengan ribbon and tempek button. Hhe lilit ribbons tu pun kena sabar jugak. Sebab kalau tak sabar, alamat sengetlaa ribbons itu. Saya buat separuh, adik saya buat separuh hehe. Okey, mane idea dapat design cam gini? yela letak dalam balang ape semua kemain, tu semua idea datang dari kepala saya sendiri. Bila saya tengok still ada balang and potpouri lebih kt umah, maka terhasil lah ia begitu. Selitkan sikit lebih lebih kad kahwin hehe.


Ini semua my D.I.Y Project. Do It Yourself 






The candy buffet jar in the making. Design by me and my beloved sister, Wawa :) simple, just lilit ribbons jugak then tempek guna sticky glue yg panas guna electric tu.. Watch out jugak, once glue tu menitik atas jari melepuhlaa jawabnye hehe.


Tada! ni hasil deco deco balang yang kami beli kat IKEA hehe




Besepah sepah ngan gula gula, my emak and abah paling suka makan gula gula butter nut tu. Jadi automatically jadi pilihan untuk di letakkan dalam box kecik comel nak bagi pada tetamu kecil :)




Mamam choclairs banyak banyak confirm gemuks! hehe


ahaaa! nyiu2 kena mandi! wajibbbbb :) jadi dia kena jadi model lifebuoy aritu. Hehe kecian kamu nyiu2, tapi nasib kamu berkelakuan baikk sangat tak cakar tangan chake and chuib masa tu hehe.


Its time pegi melaminating signage ke rumah saya! hehe anak panah tunjuk jalan heee






Posing jap kat iklan Total Recall even tak dapat tengok huhu lalu je laaa area floor wayang aritu. Sebab no tyme to waste! masa preparations amatlah berharga bagi saya pada masa itu heheh


Adik lelaki dan perempuan saya ^.^ lagi dua orang tinggal!


Banner bunting design by conteng! lovely right? hehe tulisan Ahlan Wasahlan dalam tulisan khat tu menampakkan lagi banner and bunting ni lain dari yang lain hehe
Sempat lagi shoppink kasut! padahal takde pun dalam checklist wedding hehe


Flower girl saya yang comel amat!






Dalam kereta while menunggu my feature hubby masa tu. Dia pegi post office tak silap. Sebelum kawen kalau dating kena bawak orang teman ^.^ adik saya adalah yang terbaik untuk di bawa kalau nak dating hehe. Sebab dia cool!




Pegi kedai gambar, shoot pasport photo untuk kad kawen nanti. Now kad kawen ada dalam wallet saya yang menunjukkan saya ni bukan lah berstatus bujang lagi hehe






Comel la awak pakai songkok tinggi dear :) jatuh cinta saya berkali kali pada kamu :D hehe






Menambahkan berat badan kat MCD, hye sikit sikit mcd. Takde tempat lain huhu


Hehe a part of our hantaran both side ^.^ belum lengkap sepenuhnya




Nampak comel kan?geram nak makan, ni laa mashmallow ^.^


Kipas kipas dengan menggunakan flower paper :) nak lipat flower paper ni kena teliti sebab flower paper ni sangatlah lembut. Dalam istilah lain, crepe paper :)


Adik saya, orang penting majlis :)


Belakang tu, candy buffet and guestbook table in the making :)
Alhamdulilah apa yang dirancang semua berjalan lancar even ada sikit ralat. Biasalah tu kan. Everythings not perfect :)
 Tu je kot yang saya nak cerita. Pics banyak sangat tapi rasa malas dah nak upload. Till we meet again my dear!
Photobucket

3 comments:

laskar pelangi said...

comel jer semua putri..kreatif wawa ngan putri..ngeee^^

Surat Untuk Hujan. said...

Nampak sangat saya dah lama tak berblog. Baru taw awak dah kahwin. Tahniah awak! ;D

belogkoi said...

salam...mmg cantik...nak tny nak cr mashmllw kat ner???

Stories