Sunday, 8 July 2012

My Wedding Preparation Part 4

 Hati gembira bila preparation step by step dapat saya handle sendiri, disebabkan dia jauh di Sarawak jadi tak boleh nak wat preparation sama sama. Sedihkan? orang kalau nak wedding ni mesti buat persiapan sama sama, tapi nak buat macam mana dah dia jauh pluss dia boleh balikk malam raya je nanti. Hello! awak balikk nanti terus akad nikah je la kan?? huhu. Its okey because i still have my emak my abah and my adik adik nak tolong saya. Kalau belum kahwin ni payah jugak nak bekerjasama, kang ada yang mengata ke ape ke kan? fitnah! belum ada ikatan sah! heee better beringat :)

okey fine! abiss mengarut sudah putri? actually mahu cerita yang wedding card saya dahhhh siappp di cetak! pheww, giler laaa rase macam tak percaya pun ada rasa macam mimpi pun ada sebab saya dah ada kad jemputan kahwin yang mana atas kad tu tulis nama saya?? padahal dulu dulu asyikk tengok kad kahwin orang je kan. Sekarang my turn la pulakk kan? ehem, siapa yang belum kahwin tu akan rasa apa yang saya rasa ni.

Yang lebih buat saya happie nak tahu sebab apa?sebab kad kahwin kami ni special sikit dari yang lain. Sebab kad kahwin kami ni direka khas taw. Idea datang dari saya and encik tunang sendiri macam mana nak minta doodler kami encik conteng lukiskan kad kami.

Tukang lukis doodle : Encik Conteng
Tukang tulis tulisan 'walimahtulurus' dalam tulisan khat : my juniorr Abbas di Sabah
Idea nak lukis jalan cerita pada kad cerita tentang kami berdua : saya dan encik tunang! hehe

so, jadilaah kad kahwin kami begini rupanya
ada dalam 1000 pcs di cetak untuk dua belah pihak. 500 belah dia, 500 belah saya. Kalau tak cukup kad ni, ada kena reprint semula ni.. cz nampak macam ramai je kawan kawan request hee

bila dah dilipat cm gini laa jadinya! kad kahwin kami boleh lipat 3 taw :) belah kuning tu umah dia, belah pink tu umah saya hehe comel gak kan?


ni belah rumah dia 26 August 2012, ni jari mak saya hehe semangat mak melipat kad kahwin untuanak dia :)


ni belah rumah saya 25 August 2012, how many doodles i have??? hahah
 
doodler saya masa dia design kad kahwin ni, pergh! punyalaa banyak design dia wat. Saya nak satu je dia pegi buat banyak banyak. Pastu mula laa mata saya and encik tunang berpinar nak pilih yang mana satu paling cute! adei @.@ macam ni laa mata kami haha


Design ni plain belah atas and bawah dia. Baju kahwin kami kaler pink hehe


Design ni pulakk, tulisan khat tu belah atas and doodle kahwin kami besar sikit sebelah tepi.. Cantikk jugakk! hye~


Haaa! design ni paling comel, ada printed flower kat background belah bawah. Ala ala english concept kan?




Yang ni pulakkk? ada printed flower belah atas, and plain belah bawah..
Jadi saya bawak ke kedai semua jenis design kad kahwin saya ni. Saya pilih dalam 3 design taw, then kedai cakap kalau nak cetak 3 design untuk 1000pcs kad kos dia mahal. Sebab banyak design kan?dalam package tu kedai bagi promotion untuk cetak 1000pcs, jadi kalau saya minta cetak 3 design saya kena cetak 3000pcs la. Giler kape wedding card cetak sampai 3000 pcs? itu namanya membazir. Jadi saya pilih satu je design yang paling comel macam pics kat atas tu :) 


Yang paling saya suka ada cerita di sebalik kad kahwin kami bagi setiap pasang doodles 4 pasang kat bawah tu


1st : doodle kami masa sama sama tadika dulu
2nd : doodle kami masa kami sama sama sekolah rendah
3rd : doodle kami masa kami konvo!
4th : doodle kami masa kami sama sama bergelar pendidik :) sorang cikgu, sorang ustazah


aiyak! ape pulak bulat bulat kat bawah ni? kalau di tenung rase geli pulakk hehe ini laah dia nama nya softgel! hehe Virgin Coconut Oil by Catalyst. Minyak kelapa dara punya softgel.


Apa kaitan pulakk softgel ni dengan entry saya kan? sebenarnya, saya amalkan suppliment ni since awal tahun baru ni. Nak kahwin kan, kena laa jaga semua tu kan? nak nampak berseri masa majlis tu nanti kan. 





okey macam macam khasiat VCO & Collagen ni especially untuk saya yang kulit super duper sensitive yang mana saya mudah dapat alahan. Suka sangat kulit ni gatal gatal, hye! kena laa jaga kulit nak kahwin ni. And tunang saya pun memang galakkan saya makan dua benda ni untuk kebaikan saya juga :)


Lagi yang saya dapat? kulit kurang berminyak, kurangkan parut parut yang ada pada kulit haha kalau time gatal, garu tak ingat ape dah! tak ingat yang akan naikk parut bila garu kuat kuat kan. Dapat kembalikan keanjalan, kelembutan kulit.. cheh, tu yang beria makan tu. Tak miss tu tiap tiap hari huhu. Dulu kalau tak kahwin lagi tak ingat nak makan semua nih! haha kelakar, sekarang baru laa terhegeh hegeh nak jaga kulit la ape laa.. Bride to be out there! ingat eh :)


alamak, saya suka makan ni! meggi kari hehehe tak pe ke eh? makan supliment bagai tapi makan gakk fast food junk food semua ni! adoi, ape nak jadi putri! ubah la, ubah laa...huhu 


Saya rase sampai kat sini jerk kot yang dapat saya fikir nak share kat semua, nanti ada info pape lagi saya share lagi okey? time nak dekat nak kahwin ni laa yang semangat nak update enrty heheh okey bye bye uollss


Better get ready to Kuala Lumpur because tomorrow and next day i'll be in Putrajaya. Convocation time! :) miss already my dear friends! ala, encik tunang tak dapat tengok saya konvo huk3 :( dia jauhh


Okey lastly, seriously da ni nk out.. BYE! haha


Photobucket

6 comments:

laskar pelangi said...

Tahniahhh Putri Barbie =)
Akhirnyaaaa Putri dan Putra akan kahwin:)
Semoga majlis berjalan dengan lancar.InsyaAllah^^

aLyah_Lya said...

congrates kak putri.
congrates byk2x.
nice owh kad kawen kak
xpnah d bt org owh. hahaha

rAIHan said...

comelnya kad kawin, byk doodles..raihan pon suka mggie kari..sedap..^^

Sheda ucu said...

thniah.. cntiknyer kad kwin hihihihi

zulhilmi tempoyak said...

stail gak camni kn tb2 rs nk kawen... heee

Cik Yuyun Nadira said...

waaaaa comel sangattt kad kahwin tuu , suke sukee ^^

anyway tahniah , hope masjid yang dibina kekal kukuh sampai ke syurga , amiin :)

Stories