Thursday, 5 July 2012

Checklist!

Salam n hye pretty peoples! actually saya selalu online sejak saya stay menganggur kat rumah ni, online baca articles pasal kahwin yang banyak.. Tengok gambar kahwin, cari ilham untuk persiapan kahwin nanti, pantang yang ada cerita pasal kahwin saya baca. Huhu tak sangka apa jua pasal kahwin begitu menarikk minat saya buat masa sekarang. Kalau dulu? tak macam gini pun? 


Satu article yang betul betul menarik hati saya, yang betul betul terkena dengan batang hidung saya, adei~ meh baca! juz share manela tahu berguna untuk bride to be out there heee


Lepas jerk baca, saya terus jawab berdasarkan majlis saya lah! :)






  • Modal tak cukup tapi nak kahwin jugak? Mana nak cekau duit ni? Dah la baru dapat kerja.. uhuhu yang ni memang terkena sangat ngan saya ngn encik tunang, sebab dia baru jerk keje awal tahun baru ni. And saya? how come saya boleh menganggur sekarang? alahai~ barulaa terasa nak posting cepat cepat! padahal dulu bukan main lagi nak duduk rumah lama huhu tapi alhamdulilah kalau pasal modal we both dah settle kan awal awal sebelum kami berdua buat keputusan nak kahwin. oit! ingat kahwin ni senang ke? takde duit tak bolehh kahwin taww! nasib family ada, saudara mara ada membantu. Syukur ya ALLAH. Especially kami berdua anak sulung, lagilaa semangat nak langsungkan walimatulurus. For the first time dalam family ada walimatulurus taw! :)
  • Tak tahu apa yang nak dimulakan dulu? Apa ye nak dibuat dahulu? Terus beli barang kahwin? Buat hantaran?  Ah, tak tahulah!! okey kalau statement yang ni, seriously saya mula mula buntu jugak sebab sebelum ni saya ada di Sabah, dia di Sarawak and my emak and abah hundred percent yang buat preparation aigo0! really really rasa macam tak patut kot? because everything my parents handle it. Orang anak laa yang kena beria kan? naaaa kan balikk sudah ku ke semenanjung, kerja bertimbun timbun. Rase nak hire one of my friends ke as my assistant or wedding planner saya untuk membantu saya buat persiapan. And untuk barang kahwin saya da siapkan about 70% kot. My hantaran to him & his hantaran to me we both let go jerk kat cina kat bandar upah mereka deco deco. Senang cerita kan? and yang penting harga upah tu amatlah murah okey? pandai tak kami berdua cari kedai budget? :)
  •  Macam mana nak jimatkan masa tanpa perlu ambil banyak cuti sebelum kahwin? Nak cuti, dapat ke cuti panjang untuk kahwin nanti? haha untuk yang ni pulak nak tahu apa saya akan jawab? saya jawab dah memang saya tengah cuti pun sekarang, tunggu interview SPP  and surat panggilan posting kot! wish surat posting tu dapat laa lepas raya! kalau dapat sebelum raya mati laa saya nak pegi jumpa Guru Besar sekolah minta cuti. Adei, kalau bab bab cuti ni bukan senang taw! even nak kawen pun heee :) tapi saya rase, lambat lagi kot saya posting. Bak kata orang Tawau Sabah "tahun depan kali kau posting'' kalau macam tu, syukur alhamdulilah :) yang encikk tunang la kena berusaha untuk dapatkan cuti, tapi Guru Besar sekolah dia sporting! tak apa. okey sattle.
  • Kat mana nak ambil borang kebenaran kahwin? Pergi mana ye? Pejabat tok kadi? Yang ni dah settle, semua dah settle. Tandatangan tok penghulu ke, wali hakim ke, HIV test ke, itu semua done! tinggal lafaz sakinah jerk lagi. Akad nikah, ijab qabul :)
  • Kat mana nak cari Mak Andam? Nak ambil maknyah ke mak andam "pure". Takut juga kena tipu! phewww! kita perempuan, muslimah kan? nape kita perlu nak ambil mak andam lelaki? bukan muhrim kita kan? nanti off course masa makeup makeup kan kita, mak andam akan touch touch kita kan? jadi, mak andam mestilah perempuan. wajib! syukur mak andam saya perempuan :) cantikk lagi
  • Kat mana nak tempah caterer yang servis bagus & murah?  Yang penting  tak lari bajet dan  makanan pula  sedap. Rumah saya kat kampung aje, kampung baru huma luas chenor! haha semangat tulis nama kampung gitewww~ haha semangat ke kampungan tinggi sangat kat kampung saya ni. Siap ada team lagi untuk masak masak kenduri ni. Alangkah bahagianya nikmat tolong menolong sesama manusia yang ALLAH bagi kan? kebaikan yang kita dapat? dapat mengeratkan silaturahim and dapat jimat kos. Tak rugi kita berbaik sesama manusia kan? sebab orang yang baik ngan kita tu laa yang akan membantu kita but, rumah encik tunang saya je guna catering sebab..... sebab ape? sebab lepas resepsi di rumah saya esoknya tu terus sambut menantu kat rumah dia. Gila kape nak masak pulak lepas tu? ko sanggup? haha penat giler weyh. Nasib bakal mak and abah mentua saya pandai cari caterer yang betul betul budget, servis mestilaa bagus jugak kalau tak kenapa mak and abah mentua saya pilih caterer tu kan? hee sambung soalan lain pulak kat bawah ni :)
  • Baju & warna apa yang sesuai dengan bajet?  Warna hijau merah?  Ungu? Tak tahu la yang sesuai dengan  saya.. haha yang ni jangan jawab laa, sebab tak tahu nak jawab macam mana. Tapi tulah, soal pilih baju ni betul betul menguji kesabaran saya and encik tunang taw! sebab kami berdua menginginkan baju pengantin kami sesuai ngan majlis kami and yang paling penting buat muslimah, baju kena laa menutup aurat! jangan biarkan buah pisang berbuah dua kali! macam saya tunang hari tu hahaha~ baju cantik tapi tak selesa huhu so beware ye bride to be! :) nak dekat berbulan bulan kot kami ulang alik pegi butik nak sure kan kami berpuas hati dengan pilihan kami :)
  • Photographer mana yang sesuai, murah & available? Ke nak suruh adik je ambil gambar.. adik hero saya yang dua orang tu, memang pro amek gambar. Banyak jugak diorang belajar pasal gambar dan kamera. Kadang kadang saya ni ada yang tak tahu pasal gambar and especially pasal setting camera huhu malu kan? its okey la, why not suruh adik je amek gambar mase wedding nanti? oh! tak boleh even diorang pro & active sebab mereka berdua adalah watak utama masa saya kahwin nanti. Kalau boleh, hire laa sorang photographer untuk wedding kita. Lets photographer doing their jobs! Sebab takkan nak suruh adik kot? adik kita sure sure busy jugak masa walimah tu nanti kan? kami awal awal dah hire photographer untuk rakamkan setiap detik hari bersejarah kami nanti :) insyaALLAH dipermudahkan 
  • Siapa yang sanggup jadi pengapit dari sebelum hingga habis majlis? Siapa yang sesuai ye? yang ni saya tujukan untuk sahabat karib saya yang akan jadi bridesmaid saya! really tak sabar nak jumpe kamu my dear friend! mesti comel kamu nanti :) if i with you now, mesti happy and semangat courage tu datang tiba tiba untuk persiapan walimah :) ape pun, keep in touch! every day you sharing with me bout wedding, tu pun dah cukup bermakna bagi saya :) eyt, senyap-senyap kita share macam macam kat inbox fb kan?hehe macam kelakar pulakk 
  •  Barang hantaran nak bagi berapa jenis & nak upah siapa untuk gubahkan? 20 hantaran kot?ouh! yang ni sattle sudah mungkin, cuma ada dua tiga barang hantaran yang belum beli. Tengah servey lagi. Eh, harus kot part barang hantaran kena sattle awal-awal. Kau tu berapa hari lagi nak kawen ptri oi!~ anddd jangan lupa uolls! kena buat checklist special untuk barang hantaran ni, kalau boleh dalam checklist tu please letak budget sekali berapa. Then masa shopping nanti bawak laa checklist besar besar yang uolls tulis tu ke semua tempat shopping, agar budget tidak lari! haha macam yang kami berdua buat lateewww~ gilo kape sampai 20 hantaran hehe
  • Khemah nak tempah berapa & warna apa?  Banyak la duit kena labur... okey, statement ni all done by my abah! sayang abah! :) 
  • Menu untuk tetamu & makan beradap siapa nak pilih? erm yang ni kerja mak saya and my emak saudara yang tentukan siapa, selalunya family terdekat kita yang kena makan beradab bersama! macam mak, abah, tok adik adik. And family belah pihak lelaki :)
  • Tempat berkumpul & penginapan rombongan keluarga pihak lelaki siapa nak uruskan? erm yang ni? saya just sediakan penginapan untuk family saya kawan kawan saya saudara mara saya and tak lupa juga untuk photographer & videographer kami nanti. Sebab belah pihak lelaki mak abah saya tak sediakan penginapan ini kerana rumah kami dekatttttttt sangat! haha kan senang kahwin ngan orang dekat dekat ni, pulak tu sebelah kampung jerk! jimat sangat budget, kalau tak mahu nye nak sewa satu dua bijik bus? ouh! cinta hati ku sejak kecil lagi :) alhamdulilah, ALLAH temukan saya dengan dia yang saya kenal dari kecik.
  • Cenderahati & bunga telur siapa yang akan pilih dan buatkan? in progress! cz ada jugak saya deco deco doorgift saya sendiri :) still banyak lagi ni yang kena saya buat, especially gunting gunting paper supaya jadi kecik kecik label walimah saya untuk doorgift tetamu saya nanti. Bunga telur? itu mak saya yang handle! seriously my emak punya choice cantik sangat.

heee~ saje selitkan pic irma & redza wedding! sejuk je kan mata memandang? soft je warna theme mereka, dahla saya suka warna pastel ni tengok pic wedding ni lagi laa suka! :) i love pastel colours :) saya rase, artist punya wedding, wedding irma laa yang saya adore! n insyaALLAH my wedding pun akan saya usaha menghala ke arah pastel colours hehe

 okey, till we meet again! salam
Photobucket

2 comments:

Azlin Rohim said...

ommayy diorrr! suka bace entry nih!hehehehe..tergelak sorg2 pon ade...wish everthing going smoothly as planned! :) c u on ur day!

Double A said...

heeee..xsabar nk tnggu kak putri kawen...bestnyer..info yg sgt berguna :)

Stories